Saturday, October 22, 2011

CARA BELAJAR MATEMATIK


Subjek matematik selalunya merupakan subjek yang agak lemah untuk dipelajari oleh pelajar.  Ini termasuklah saya sendiri  semasa di alam persekolahan mahupun di menara gading.  Kalau hendak mahir matematik mesti sentiasa membuat latihan yang banyak.  Apa yang penting memahami konsep matapelajaran matematik itu dahulu dan kerana itu kita dengar ada juga mereka yang mengatakan matematik ini mudah sekali.
Sewaktu belajar matematik, anda perlu; 
• mengenalpasti apa yang anda tahu dan apa yang anda tidak tahu. Dan anda juga perlu tahu bagaimana untuk meminta bantuan guru bagi menyelesaikan masalah yang anda tidak tahu. 

• Jangan sekali-kali ponteng kelas matematik. Pembelajaran matematik melalui guru adalah lebih berkesan berbanding belajar sendiri. 

• Aktifkan diri anda dalam kelas matematik. Belajar dahulu sedikit secara bersendirian sebelum kelas matematik. 

• Ambil peluang untuk bertanya apa yang anda tidak faham bila berpeluang. 

• Berjumpa guru diwaktu rehat untuk bertanyakan masalah yang kamu tidak tahu. 

Cara bergini akan lebih mendekatkan kamu dengan guru. Ini lebih memotivasikan kamu untuk berjaya dalam matematik. 

No comments:

Post a Comment